Friday, November 16, 2012

Petua/Tips Mengekalkan Warna Baju


Hi awak! Awak la, yang tengah baca sekarang ni.
Ilustrasi---Micom/ip
Sumber: google
 Saya nak kongsi satu petua/tips mengekalkan warna baju seperti asal - supaya warna tidak pudar dan sentiasa nampak baru! Ada empat cara je awak.
Penting ni, kita tak nak la baju yang kita beli warna biru pekat cantik 2 3 bulan warna bertukar jadi biru pekat + kelabu + putih = warna lusuh kan ? Sayang beli baju mahal, tapi tak sampai puas hati lagi pakai warna dah lusuh. Kalau tak mahal pun, tetap saying sebab kita suka baju tu sebab design, warna nya kan?

Tapi! Ada juga yang suka pakai baju lusuh. Ok itu lain cerita, post ni bagi yang tak suka baju dia lusuh sahaja dan nak nampak sentiasa baju dia baru macam saya eh? :p

Petua/tip ni yang selalu saya buat/amalkan.

Pertama! Mencuci
Mencuci baju sangat penting, bukan sahaja untuk tidak berbau tapi bagi mengekalkan warna asal dan struktur kain itu sendiri. Bila saya beli baju, selalunya saya akan tengok instruction label setiap baju. Kalau dia kata dry clean, sila la follow. Kalau dia kata handwash, silalah handwash. Ibarat nampak lampu merah tandanya berhenti, kalau awak langgar juga, memang padah. Samalah macam baju., kalau tak mengecik, menglusuh, mengrapuh, mengngoyak, pilih pilih yang mana :P

Kalau tiada instruction? Bagaimana? Baikla, sebaiknya tanya dekat orang kedai, salesgirl/salesman yang tahu pasal ni. Kebiasaannya mereka tahu kalau tak tahu juga awak bolehla rasa jenis kain.
            Contoh : Mahu beli kain ela. Awak cuba regangkan kain tu. Kalau awak boleh nampak benang-benang halus meregang, macam tak ketat gitu (empat-empat segi halus?), maksdunya kain tu jenis bukan tahan lasak. Jadi kene bagi extra care dekat kain ni. Sama ada basuh menggunakan tangan atau guna mesin soft wash atau dry clean atau tak basuh, haha ops.

Kedua! Menjemur
Ini penting, awak kene sentiasa ingat ya. Baju berwarna, terbalikkan baju bila menjemur. Maksudnya yang dalam tukar menjadi luar. Kiranya, bahagian dalam baju yang akan kene direct cahaya matahari. Ini penting untuk protect warna asal baju supaya tidak luntur.

Dan! Kalau baju putih, sentiasa ingat bila jemur, pastikan luar baju. Eh, macam ni pastikan luar baju yang kene direct cahaya matahari.

Awak faham tak ea? Tak faham awak boleh comment, hehehe
OK

Ketiga! Menyeterika
Selalu kita lupa, yang sebenarnya suhu panas iron boleh merosakkan warna pakaian. Maka, untuk mengekalkan warna baju kelihatan seperti baru atau tidak melusuh sila follow this two simple steps:
1.      Pastikan suhu berada dalam “medium”, jangan terlalu panas, jangan pulak terlalu rendah suhunya, tak hilang kang renyuk baju awak.
2.      Terbalikkan baju semasa awak menyeterika. Ini penting! Sama macam awak jemur baju.

Keempat! Menyimpan
Baju kenela simpan dengan tersusun. Jangan main longgok-longgok awak, sampai renyuk-masai baju, susah nak gosok. Tak mau okay. Lipat elok elok dan simpan di tempat yang tertutup.
Tertutup maksudnya:
-          tak terdedah dengan cahaya matahari

Lagi cahaya matahari. Ingat awak je yang kene guna sunblock, untuk protect kulit dari sinaran uv? Baju kalau ada pun, dia nak guna sunblock. Bagi mengekalkan warna dia yang asal :P

Dah habis..

Itu je petua/tips dari saya. Harap membantu. Kalau awak ada tips/petua yang lain macam mana nak mengekalkan warna baju seperti asal, boleh la share ya.

Sharing is caring kan? Hihi

Bye! 

No comments:

Post a Comment

Yums Yumm Yummmmmy!