Friday, January 11, 2013

QIOS Tips | Penjagaan Bibir

QIOS Tips datang lagi! =D

QIOS Pulcher Tips - Penjagaan Bibir

Bila orang bercakap, mesti ada antara kita yang akan tengok bibir orang tu.
Kadang-kadang, kita akan tengok bibir orang tu sebab sangat ketara warna hitamnya, lepas tu kata, "Smoker kot budak tu." Padahal, tak pun. *Sadis*
Kadang kala bibir hitam akibat pemakaian gincu yang katanya lah kan, tahan lama. Hah kau! Memang tahan lama kan. Melekat dekat bibirmu~

Jadi, marilah kita amalkan penjagaan bibir. Cara-caranya ialah:
  • Lip balm you allsssss. Ingat perempuan je ke kena pakai. Lelaki pun kena, okay. Pakai lip balm yang ada vitamin E untuk bantu kekalkan kelembapan bibir. Pelembab bibir yang ada SPF itu bagus sebab sinaran cahaya matahari boleh merosakkan kelembapan bibir.

Lip balm pilihan QIOS Pulcher
Cocoa Butter Lip Care Stick - RM19.90

Supersoft Treatment Lip balm by Mentholatum


Men's Cool Aqua Lip Balm by Mentholatum

Vaseline Pure Petroleum Jelly

  • Minum air suam/mineral/masak/kosong 8-10 gelas sehari mengikut keperluan ye. Kalau terlebih pun tak boleh juga. Untuk memudahkan, beli saja bekas air 2 liter, senang. Tak payah kira, "Berapa banyak gelas dah aku minum ye?"


  • Gosok bibir juga semasa menggosok gig tapi lembut-lembut sikit gosok. Jangan tonyoh bagai nak rak,"Aku nak bibir merah! Aku nak bibir merah!" Tak pasal-pasal jadi mulut The Jokers. Tapi, tak digalakkanlah nak gosok bibir dengan ubat gigi sekali sebab ada sifat menghakis. Gosok guna jari pun boleh. Tak perlu rakus benor.
  • Sapu madu di bibirmu (dah macam tajuk lagu) untuk bibir yang merah, lembap lagi cantik. Tapi pastikan semut tak kepung bibir kamu. Kang dia bagi love bite lah pulak.

  • Elakkan menggigit, menjilat atau kemam bibir sebab air liur boleh menyebabkan bibir kita kering.

  • Urutkan minyak zaitun pada bibir untuk melancarkan peredaran darah.


  • Bersihkan bibir setiap kali mandi. Jangan ada sisa-sisa. 

  • Kalau boleh, amalkan pengambilan vitamin B dan C macam makan buah-buahan dan sayur-sayuran supaya bibir nampak lebih segar.


  • Lakukan senaman bibir. Hah? Macam mana tu?
  1. Buka mulut sampai berbentuk O besar. Relax okay, jangan tegang sangat.
  2. Buat gerakan ke luar dan ke bawah. 
  3. Lepas tu tarik nafas ikut hidung, hembuskan nafas ikut mulut (pastikan tiada orang di hadapan anda).
  4. Relax kan balik muka. Then buat lagi sekali.

Itu saja dari kami. Oh, jangan lupa untuk view barangan baru dari QIOS Pulcher, okay!


1 comment:

  1. okay, nak buatlah camni.. bibir ena memang hitam.. ni akibat gatai pakai gincu mak masa kecil2 dlu ni.. mak kata jgn pkai nanti bibir hitam, now i get it.. huaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Yums Yumm Yummmmmy!