Thursday, January 31, 2013

QIOS Tips | Tips Penjagaan Kuku

Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher

Kebersihan, rupa dan penampilan kuku antara pintu untuk kita kenali tahap kebersihan seseorang tu. Kalau berkuku panjang tapi penuh dengan kotoran, maksudnya apa? Haa... Jadi, bukan muka dan rambut saja kena diberikan perhatian, kuku pun kena juga tau.

Tips penjagaan kuku? Jom baca!

Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher
  • Bersihkan juga kuku ketika menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas makan. Bukan tangan saja yang kena dibersihkan.



Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher
  • Sebelum memotong kuku, rendamkan atau basuh kuku dengan air (disarankan air suam) supaya dapat melembutkan kuku dan memudahkan untuk proses memotong kuku.


Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher
  • Selepas memotong kuku, asah kuku dengan pengasah kuku bagi meratakan dan melicinkan permukaan yang dipotong (supaya tak bergerigi dan tajam)



Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher
  • Jangan potong kuku terlalu pendek.


Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher

  • Banyakkan minum air. Air adalah segala-galanya untuk badan.



Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher

  • Banyakan makan buah-buahan dan protein.




Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher

  • Pakai pelembab tangan dan kuku yang mengandungi vitamin C. Boleh juga gunakan krim Vaselin.




Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher

  • Rajin urut dan bersihkan cuticles supaya kuku dapat naik dengan baik.




Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher

  • Rendamkan kuku ke dalam bekas berisi minyak zaitun selama 15 minit. Bersihkan dengan air sehingga bersih. Ia dapat melembabkan dan melembut, serta kuku lebih bersinar dan kuat. Amalkan sekali seminggu.




Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher

  • Penggunaan bawang putih dapat menguatkan, mengilatkan serta membunuh fungus dalam kuku. Caranya: lumatkan 3 hingga 5 ulas bawang putih dan lumurkan pada kuku dan sekitarnya. Bersihkan dengan sabun dan jangan biarkan tangan anda berbau bawang pula!




Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher

  •  Kadangkala kuku akan berubah warna kehitaman atau kekuningan. Cuba gosokkan sedikit cuka pada kuku dengan kain lembut. Kemudian bersihkan dengan air. Warna kuku akan kembali berseri.




Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher

  • Ambil berus gigi dan semburkan/sapukan sedikit sabun padanya, gosokkan pada kuku anda dan bersihkan dengan air suam.



  • Walaupun anda berniat untuk menyimpan kuku yang panjang, pastikan pemotongan dan perapian (trim) kuku anda itu dilakukan bagi memastikan kecantikan kuku anda.




Tips Penjagaan Kuku by QIOS Pulcher

  • Elakkan menggigit atau mengorek cekam kerana ia akan memburukkan lagi kuku anda.


Itu saja beberapa tips yang QIOS nak kongsi dengan korang. Harap dapat membantulah ye. Kalau QIOS ada tips lagi mengenai penjagaan kuku, QIOS akan kongsi lagi. :)

Jangan lupa untuk LIKE page QIOS Pulcher di Facebook - QIOS Pulcher
Dan follow QIOS di Twitter - @qiosblogshop

Jom shopping! Chinese New Year nak dekat. Maknya cuti sekolah pun nak dekat. Jom shopping barangan kami dengan harga yang the best! View 'Products' untuk melihat barangan QIOS Pulcher.

THANK YOU.

1 comment:

Yums Yumm Yummmmmy!