Friday, November 30, 2012

QIOS Tips | Men's Hairstyle

Assalammualaikum.
Hi! : )



Men's hairstyles are different than women's. The trends move slowly unlike like women's hairstyle which live for only a year, perhaps.

Jadi, tak banyak stail rambut bagi lelaki yang boleh dipraktikkan sehinggalah adanya trend gaya rambut tahun 2012.

Macam-macam gaya rambut lelaki yang kita boleh lihat di Malaysia. Tapi, adakah gaya rambut itu sesuai dengan personaliti diri, atau tidak? Mesti kamu wahai lelaki tak nak kelihatan 'hancus' dalam penggayaan rambut, kan? ; p

Jom tengok antara beberapa stail rambut menarik yang mungkin kamu berminat untuk gayakan. Jom! 

Slick Back Undercut




Gaya rambut ini sesuai untuk rambut jenis rambut lurus dan rambut yang boleh diluruskan (ikal mayang yang minima)

Gaya rambut ini adalah pengaruh semasa era 20 an. Untuk menggayakan rambut ini, kamu perlu minta pendapat penggaya rambut/tukang gunting rambut/kawan kamu yang baik hati , samada gaya ini sesuai dengan kamu dan jenis rambut kamu. 

Terdapat 2 cara; menggunting dengan teknik 'scissors over comb' dan memotong bahagian tepi dengan menggunakan 'clippers'

Untuk menggayakan rambut ini, boleh menggunakan gel yang ringan.




Brit-rock Indie Hairstyle


Gaya rambut ini sesuai tak kira kepada mereka yang berambut lurus atau kerinting.

Gaya indie ini memerlukan rambut hadapan yang panjang atau dipanggil 'fringe'.

Bagi mereka yang berambut lurus, senang untuk mereka menggayakan rambut ala indie ini. Tapi bagi mereka yang berambut jenis ikal mayang atau kerinting, mereka perlu menggunting dengan kemas di bahagian tepi supaya tidak kelihatan kembang dan besar.




Jika di Korea, gaya rambut 'fringe' ini akan digayakan dengan rambut hadapan yang lebih panjang. Sesetengah mereka akan menggayakannya dengan panjang rambut sehingga ke telinga atau menutupi mata, dan membiarkan rambut di bahagian tepi panjang sedikit (perlu dibentukkan dengan kemas) dan bahagian belakang rambut yang panjangnya mencecah kolar baju. Gaya ini dipanggil 'fringe and layered hairstyle'.




Rockabilly Hairstyle



Gaya rambut ini sesuai untuk semua janis rambut - lurus, ikal mayang, kerinting.

Gaya ini sudah berada dalam trend sejak 2 tahun yang lalu.Namun, gaya rambut ini masih menjadi pilihan kerana personailiti ekstrem yang cuba ditonjolkan oleh gaya ini.

Gaya rambut ini lebih dikaitakan dengan gaya rambut seperti James Dean, Elvis Presley dan John Travolta dalam Grease. Ia memerlukan rambut bahagian atas yang panjang sehingga ke bahagian belakang rambut, manakala bahagian tepi dipotong atau disisir kemas pendek.



'The ducktail' pula adalah variasi lain dengan menggunakan gaya rockabilly ini. Ia memerlukan sebahagian rambut atas (bahagian tengah) dibahagikan kepada dua, lalu digulung ke dalam (ke tengah) di bahagian atas rambut.




Quiff Hairstyle


Gaya rambut ini sesuai untuk rambut jenis lurus, ikal mayang dan kerinting yang boleh dibentuk.

Kunci kepada penggayaan gaya rambut ini adalah rambut perlu bertekstur 'waxy' dan sedikit mousse di bahagian berdekatan akar rambut. Rambut perlu disisir ke atas dengan arah membengkok tapi menaik ke atas.




Curly Mop Top


Gaya ini sesuai untuk rambut jenis kerinting semulajadi, lebat dan panjang.

Gaya rambut ini walaupun nampak sedikit 'messy' tapi penjagaan perlu dititikberatkan supaya tidak kelihatan seperti baru keluar dari padang pasir ;P


Kalau berminat, minta pada penggaya rambut kamu untuk membuat potongan biasa atau 'blunt cut', hanya untuk mendapatkan bentuk yang diingini. Rambut perlu sentiasa bersih supaya tidak menjejaskan gaya menarik ini dengan kulit kepala yang berminyak. 




Untuk membentuknya, gunakan 'curl cream' atau 'sea salt spray' sebelum dikeringkan dengan pengering rambut.

Short Waves / Short Curls


Gaya rambut untuk rambut jenis kerinting atau ikal.

Gaya ini tampak lebih relaks dan kemas. Bagi mereka yang mempunyai rambut jenis kerinting dan ikal mayang, penggayaan ini akaan menampakkan kamu kelihatan lebih bergaya dan kemas.

Untuk mendapatkan gaya rambut ini, ia memerlukan potongan di bahagian tepi supaya lebih pendek dan kemas, manakala bahagian atas yang sedikit panjang. 



Untuk menggayakannya, sedikit krim kawalan rambut kerinting (curl controller cream) pada jari dan sisirkan pada rambut. Ini bagi memastikan rambut tidak kelihatan kering. Disarankan untuk tidak menggunakan gel supaya tekstur rambut itu tidak nampak rapuh.


Itulah antara stail rambut menarik yang boleh kamu cuba. 

Apa yang penting dalam menggayakan rambut adalah kamu perlu tahu rupa apa yang kamu ingini dan adakah stail rambut itu sesuai dengan jenis rambut kamu. Penting untuk kamu bertanya pada panggaya rambut  kamu itu.

Selamat bergaya sakan! =D

Ehsan dari : Fashionising.com

2 comments:

Yums Yumm Yummmmmy!