Hello! Hello! Hello!
Skirt labuh atau skirt panjang kalau dulu, di Malaysia, agak jarang dapat tengok gadis-gadis atau wanita yang nak memakainya di shopping mall, dekat kelas, kuliah, dekat mana-mana lah!
Sebabnya mungkin ada rasa janggal atau malu kerana takut dapat feedback dari kawan-kawan macam
"Cewahh! Pakai skirt. Kau nak pergi mana ni?", hanya kerana memakai skirt ke kelas tutorial, atau "Waa! Macam nak pergi menari dah kau," hanya kerana pakai skirt labuh berpotongan kembang.
Tapi, kini tidak lagi! *macam iklan dah*
Pemakaian skirt labuh atau panjang kini lebih terbuka dan tidak terhad kepada mana-mana tahap umur. Tetapi, apabila kita dah buat keputusan untuk memakai skirt labuh, mestila kita nak pastikan apa yang kita pakai bersama skirt itu bersesuaian dengan umur kita dan tempat yang kita nak tuju, kan?
So, ladies and gentlemen, don't worry, be happy,senyum sikit!
Qios ada beberapa tip dan contoh cadangan padanan skirt untuk kamu, kamu, kamu!
Untuk nampak lebih relaks;
- Padankan dengan T-shirt/Shirt (top) samada lengan pendek atau panjang, atau baju tanpa lengan akan memberi kesan simple but nice. Pastikan skirt itu ditarik sehingga paras pusat/atas pusat dan adalah lebih baik jika akan kemaskan pemakaian dengan menyisip masuk baju kamu (tight-in).
- Kamu juga boleh menambahkan gaya anda dengan memakai cardigan atau baju kemeja panjang yang tidak dibutangkan (dibiarkan terbuka).
- Tetapi, pastikan tona warna itu saling berpadanan. Jika ingin bermain dengan warna, pastikan kamu memilih kontra warna yang sesuai.
Untuk nampak feminin, ayu, comel, GG;
Boleh ke padankan dengan loose top ?
- Skirt labuh bercorak flora berwarna pastel, berpotongan kembang, dipadankan dengan baju tanpa lengan, serta tali pinggang samada lebar atau nipis, dan sandal yang comel.
- Pleated long skirt atau skirt labuh beralun atau berlipatan akan memberi kesan yang lebih lembut tambahan lagi jika warnanya adalah warna pastel.
- Permainan warna dan corak adalah penting. Warna pastel, atau lembut akan memberikan kesan lebih lembut, manakala warna terang atau pop-art akan memberi kesan lebih ceria.
- Kemas dan tampak profesional. Itu adalah kata kunci untuk pakaian ke pejabat. So, adalah lebih baik jika memakai skirt labuh berpotongan lurus atau pensil. Kemasan pada skirt itu juga memainkan peranan penting. Jadi, pilih skirt labuh dengan kemasan yang ringkas, tidak terlalu beropol.
- Warna juga memainkan peranan penting dalam memberi impak profesional tapi elegan. Warna bertona gelap adalah sangat disarankan. Namun, takkanlah pergi pejabat macam nak pergi berkabung je, kan? Kalau nak bermain dengan tona warna, pemilihan warna pada baju boleh dipraktikan. Contohnya, baju kemeja lengan panjang berwarna putih, atau perang atau lain-lain warna.
- Padankan skirt labuh berpotongan lurus samada bercorak belang atau kosong berwarna gelap dengan baju tanpa lengan yang beropol di bahagian dada (bukan material cotton) dipadankan dengan blazer.
- Material pakaian juga perlu dititikberatkan. Chiffon, silk, polyester, satin dan spandex adalah beberapa contoh material pakaian yang sesuai dipakai ke pejabat.
- Potongan dan kemasan jangan diabaikan. Pastikan jahitan dan lined kemas.
Boleh ke padankan dengan loose top ?
Sesetengah orang mengatakan loose top is a don't for long skirt tapi fesyen sentiasa berubah, kan? Kalau kita lihat fesyen di Korea, everything is okay.
- Jika ingin padankan dengan loose top, Qios cadangkan baju itu biarlah tidak panjang atau tidak melebihi pinggang.
- Pemilihan tali pinggang ni terpulang pada gaya yang ingin ditonjolkan.
- Tali pinggang juga mempunyai material yang berbeza samada kulit, getah, atau strings. Tali pinggang kulit akan memberi kesan berani dan sedikit mewah. Tali pinggang getah pula mampu memberi ilusi langsing dan kemas. Tali pinggang jenis bertali tocang atau simpulan memberi kesan yang ceria, comel dan ringkas tapi cantik.
- Kepala tali pinggang juga dapat memberikan kesan pada gaya. Kepala tali pinggang yang besar memberikan impak gaya yang berani. Kepala tali pinggang bertatahkan batu berlian palsu atau manik memberi kesan glam dan dramatik. Untuk tampak simple, kepala tali pinggang berbentuk empat segi atau bujur yang kosong(tanpa sebarang hiasan) boleh dipadankan dengan skirt labuh.
Sebenarnya, jika dulu, kasut bertumit halus dikatakan padanan yang dilarang. Tapi, seperti biasa, fesyen sentiasa berubah. Tak kira samada kamu hendak memakai sandal, flip-flop, ballet flat shoes, kasut bertumit tinggi stiletto, wedge, chunky atau kasut bertutup , yang penting! Perlu mengikut tema gaya yang anda cuba tonjolkan.
- Janganlah pakai sandal jika pakai kemeja dan skirt labuh. Sandal boleh dipadankan jika gaya relaks cuba ditonjolkan. Sandal ye, bukan selipar getah. Jangan confuse!
- Mungkin kasut but tak bersesuaian dengan cuaca di Malaysia tapi kamu boleh mencubanya sebab sekarang ada but yang berkulit nipis. Pilih but berpotongan pendek dan kalau boleh tidak terlalu fancy rekaannya.
- Ada pihak dari negara luar mengatakan padanan skirt labuh dengan kasut bertumit tinggi adalah satu larangan dalam berfesyen kerana ada kemungkinan kelihatan seperti hooker. Tapi, bagi Qios, tidak. Itu negara dorang. Jadi, pemilihan kasut bertumit tinggi tu perlu dititikberatkan pada rekaannya DAN gaya yang cuba ditonjolkan. Pemakaian kasut bertumit tinggi ni lebih ke arah gaya profesional cuma perlulah bertutup kalau nak gaya seperti itu.
- Kasut bertumit wedge akan memberi kesan retro, simple tapi menarik. Kasut bertumit wedge dengan rekaan bertali (tapi tidak terlalu halus) mungkin dapat memberi kelainan.
Cardigan, tudung bawal/selendang/tudung pasang-siap, top, skirt labuh, kasut bertutup. Benda-benda yang perlu ada.
- Cardigan samada paras dada, pinggang atau paha? Tiga-tiga boleh tapi kalau paras paha, kena pilih salah satu elemen; material top atau material cardigan? Jika memilih cardigan yang kait, baju di dalam perlulah berlawanan materialnya supaya kamu tak nampak gebu. Tapi, lagi best kalau pakai cardigan labuh yang bermaterialkan lycra atau jersey sebab nampak licin dan jatuh.
Antara contoh pemakaian skirt labuh. (Para model memakai skirt jenis kembang)
Model memakai skirt kembang material cotton berwarna hitam dipadankan dengan blouse rekaan jaring berwarna jingga bersama baju inner hitam, dikemaskan dengan tali pinggang strings jenis besar berwarna hitam. Selendang pula jenis tiga tona berwarna jingga hingga jingga lembut dan dihiasi cekak potongan zig zag.
Model memakai skirt kembang berwarna putih dipadankan dengan blouse sedikit loose berwarna putih bercorak polka dot hitam dan selendang berwarna krim pastel. Dikemaskan dengan tali pinggang jenis getah berkepala empat segi berwarna hitam.
Model memakai skirt hitam potongan kembang dipadankan dengan loose top berwarna putih paras pinggang bercetak media gambar cop mulut. Selendang bercorak harimau bintang dan dikemaskan lagi dengan tali pinggang.
Model memakai skirt putih potongan kembang dipadankan dengan baju tanpa lengan berwana biru gelap (tight-in) dan jaket rekaan ala blazer dengan rekaan ropol berat di bahagian bahu serta selendang biru muda. Kasut rekaan bertali berwarna merah jambu cair bertumit sedikit chunky dipakai untuk melengkapkan pemakaian.
- Gaya apa yang cuba ditonjolkan.
- Tempat yang nak dituju.
- Warna/Tona warna
- Material/Corak/Potongan/Kemasan.
- Pull-up and tight-in! (Kalau tak nak tight-in, pakai tali pinggang bertali nipis pada paras pinggang di atas baju itu)
P/S: You styled the outfit.Don't let them styled you.
Thank's Infonya Bray .. !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id