Wednesday, November 7, 2012

Tips dan Cara Pemakaian 'Mini Dress'


Tips, Cara dan Gambar contoh pemakaian dress mini.


Mini dress’ ialah pakaian dress berparas bahagian pinggul atau lutut.
Ianya sering dipakai oleh perempuan tak kira usia, mahupun saiz tubuh badan.

Ya, fesyen ini mungkin sangat popular di negara luar pada tahun 2007, tetapi hingga kini, di Malaysia, mini dress masih menjadi trend terutama muslimah kerana pakaiannya yang menutupi bahagian pinggul namun masih mempunyai stail sendiri.

Stail mini dress mungkin berbeza mengikut personaliti yang ingin ditonjolkan oleh perekanya.
Ada yang mengembang di bahagian bawah, ada ‘pencil cutting’, potongan lurus dan sebagainya.

So, how to wear a mini dress?
Di sini ada beberapa tips dan cara pemakaian serta contoh pemadanan yang boleh korang praktikan dalam pemakaian mini dress.

Kasut
Dua cara; ‘flat shoes’/ ‘flat sandal’ atau kasut bertumit/’wedges’.
‘Flat shoes’ atau sandal akan memberikan perasaan lebih kasual, ringan, comel, ‘girlish’ dan relaks jika dipakai dengan ‘mini dress’. Contoh kasut flat ballet atau flip-flops.



Kasut bertumit tinggi jenis ‘stiletto’ akan memberikan impak seksi kepada si pemakai. Manakala kasut bertumit ‘wedge’ akan memberikan stail yang berlainan.



Kasut but dan mini dress dapat memberikan kesan klasik pada pemakaian anda.


Untuk membuat kaki kelihatan langsing, elakkan memakai kasut yang terlalu meriah cantiknya atau terlalu halus kerana boleh membuatkan kaki anda nampak besar.


Dengan atau tanpa legging and tights?

Pemakaian mini dress boleh dipadankan dengan legging, seluar ketat atau sarung kaki. Ianya terpulang pada personaliti dan kehendak si pemakai.

Jika anda ingin memakainya dengan seluar ketat (tights), padankan ia dengan kasut bertutup.

Untuk stail yang tampak lebih matang, pemakain opaque tights iaitu seluar ketat berwarna gelap seperti warna coklat perang, plum atau kelabu. Manakala warna tona terang adalah lebih molek dipakai oleh para remaja.



Pemakaian legging dapat memberikan stail yang lebih moden, lasak dan versatile. Boleh dipakai samada dengan legging panjang atau legging separuh panjang. Dan jangan tak tahu, pemakaian mini dress bersama legging adalah stail vogue yang dipersembahkan semasa Fall/Winter 2008 di pentas fesyen.


Pilih mini dress yang bersesuaian dengan stail yang diinginkan.
Setiap mini dress mempunyai stail dan potongan yang berbeza.

Ketat, pendek dan ‘mini’ menjadi kesukaan muda-mudi lebih-lebih lagi yang mempunyai potongan badan yang menarik.

Skirt yang beralun akan tampak lebih lembut.

Berdasarkan dari ‘The Early Show’, mini dress yang berwarna tona gelap akan memberikan impak professional dan elegan.

Mini dress ala Peplum juga boleh menjadi pilihan anda memandangkan ‘peplum kini menjadi bualan orang ramai.

Sumber: Wourmen Style


Selain itu, pemilihan cardigan serta tudung (bagi yang bertudung) perlu dititikberatkan agar padanan cardigan dan tudung kelihatan sesuai.

Cardigan pendek pada paras dada dapat memberikan kesan comel pada si pemakai.

Bagi yang mungkin ingin memakai cardigan labuh, pastikan ianya benar-benar sesuai dengan mini dress itu.


Contoh pemakaian:

Mini dress putih bercorak polka dipadankan dengan cardigan paras dada serta seluar jeans berwarna hijau gelap. Tudung bawal hitam.


Mini dress tanpa lengan berwarna hitam bercorak polka dot biru putih dipakai dengan baju inner hitam dipadankan dengan seluar jeans biru lusuh. Selendang biru muda.

Mini dress peplum style berwarna jingga dengan renda bercorak tompokan harimau bintang pada bahu dan pada pinggang, dipadankan dengan seluar ketat hitam, serta cekak kepala jingga dan beg galas putih dan jingga.

Mini dress berwarna kelabu cair dengan potongan ala peplum paras atas lutut berlengan panjang, dipadankan dengan seluar hitam potongan carrot, selendang dua tona dan kasut flat bertutup material baldu  berwarna kelabu sedondon dengan mini dress.



Mini dress paras paha berlengan panjang bercorak bunga kecil dipadankan dengan seluar jeans biru gelap. Tudung bawal dua tona serta beg tangan berwarna coklat gelap. Kasut flat berwarna 'dusty pink' bertutup.


Mini dress bercorak geometri flora paras paha berlengan pendek dipakai bersama baju inner hitam, dipadankan dengan seluar jeans kemas berwana gelap.

Mini dress putih paras pinggul bercorak bunga kecil dengan renda di bahagian dada tanpa lengan, dipadankan dengan cardigan berwarna kelabu gelap dan seluar slack licin berwarna perang terang, beserta beg galas merah jambu cair.


Kiri: Mini dress tanpa lengan berwarna lembayung paras atas paha dipadankan dengan cardigan berwarna merah jambu serta seluar ketat berwarna hitam. Selendang 3 tona dan anak tudung berwarna lembayung lembut.
Kanan:  Mini dress yang sama seperti gambar sebelumnya tapi dipadankan dengan cardigan paras dada berwarna hitam, dipadankan dengan seluar jeans biru lembut.


Yang penting, pastikan semasa membuat padanan, lihat cermin. Jika tidak, takut orang lain yang menjadi cermin anda yang berkata-kata.



Mari berfesyen!

5 comments:

  1. Org pendek sesuai ke pakai mini dress?sy ketinggian 155 cm.takot bila pakai,bg efek jadi lg rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya berketinggian 144.5cm sahaja. tapi selalu dipuji bila pakai mini dress. jgn takut, yang penting potongan mini dress itu sendiri. nak nampak tinggi?pastikan mini dress tidak melebihi bawah lutut, confirm2 org ingat baju pinjam..hehe..

      Delete
  2. wah,, seriously best baca blog ni,, nak masuk bloglist muja tak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak..haa..lagi best kalau muja buat entry pasal blog ni..^ ^ ngee~boleh?

      Delete

Yums Yumm Yummmmmy!