Hello!
Palazzo! Palazzo! Palazzo!
First of all, what is PALAZZO PANT?
Seluar panjang yang mempunyai potongan longgar, dimana potongannya akan meluas bermula dari pinggang hingga ke hujung kaki.
Seluar Palazzo ni popular sebagai gaya musim panas kerana potongannya yang longgar dan mempunyai aliran udara yang baik pada fabrik.
Memandangkan cuaca di Malaysia ni bersuhu panas lah juga =P jadi sangat moleklah untuk bergaya dengan memakai seluar Palazzo.
Sumber: Google
Sumber: WourmenStyle
Sumber: Wourmen Style
Gambar-gambar tu adalah contoh seluar Palazzo.
Haa.. Dah dapat gambaran, kan pasal seluar Palazzo?
Jadi, macam mana nak gayakan seluar Palazzo ni?
Antara tips pemakaian seluar Palazzo yang boleh kami kongsikan ialah:
'Tops'
- Adalah lebih menarik jika baju atau 'top' yang dipakai dipendekkan pada paras perut, tidak melebihi pinggang untuk memastikan pemakai nampak kemas.
- Jika seluar Palazzo itu jenis kosong tanpa corak, memakai 'top' yang bercorak digalakkan. Tapi, kalau nak pakai baju kosong pun, boleh. Tambahkan saja aksesori rantai labuh atau cardigan bercorak atau tali pinggang yang menarik. Manakala, kalau seluar Palazzo itu bercorak adalah sebaliknya.
- Untuk tambak lebih trendy, bermainlah dengan tona warna! Seluar Palazzo biru bersama 'top' berwarna coklat, atau seluar Palazzo berwarna merah jambu gelap dipadankan dengan baju berwarna merah.
Aksesori
- Tali pinggang adalah salah satu aksesori yang membantu si pemakai tampak lebih kemas. Kerana kadang-kala, seluar Palazzo tidak mempunyai potongan yang kemas pada bahagian pinggang (getah seluar yang timbul sangatlah tak cantik, ye!).
Kasut
- Kalau anda dikurniakan dengan kaki yang panjang, boleh saja nak pakai 'flat shoes'. Tapi, jika tidak, tak apa. Pakai kasut bertumit 'wedges' atau sandal bertumit yang menarik dan 'chunky'! Sebab seluar Palazzo ni adalah seluar yang kembang, kan? Jadi, takut nanti kelihatan labuh dan menyapu lantai pula!
Contoh kasut bertumit 'wedges'
Contoh 'chunky heeled sandal'
The main rule is either to tuck-in or belt-up !
Apa-apa pun, pastikan fesyen atau pemakaian yang nak diketengahkan tu, bersesuaian dengan karakter dan personaliti si pemakai.
Jadi,
MARI BERFESYEN!
Thank's Infonya Bray .. !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id